Pages

June 28, 2012

Hias Rumah Cara Islam

Antara perhiasan yang di larang adalah:
  1. Islam mengharamkan membuat bejana daripada emas atau perak dan sapra (pelapik) sutera murni dalam rumah seorang Muslim. Nabi sendiri memberikan ancaman keras terhadap orang yang cenderung ke arah ini. Perhiasan seperti pinggan mangkuk yang diperbuat daripada emas dan perak juga tidak dibenarkan. Ini boleh menimbulkan sifat riak atau sombong atas kelebihan yang dimiliki oleh seseorang.
  2. Islam juga mengharamkan patung kerana ia menyebabkan malaikat menjauhi rumah itu, padahal malaikat membawa rahmat dan keredhaan Allah untuk isi rumah tersebut. Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya ada patung." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  3. Gambar artis seperti penyanyi dan pelakon yang mendedahkan aurat juga tidak dibenarkan kerana ia melambangkan keagungan dan rasa memuja manusia.
  4. Jangan memelihara anjing. Hadis riwayat Ibnu Umar ra, ia berkata "Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa memiliki anjing selain anjing penjaga ternakan dan anjing pemburu maka setiap hari pahala amalnya berkurang dua qirath " (Shahih Muslim).
 Perhiasan yang digalakkan atau dibenarkan pula adalah :
  1. Perhiasan yang dibenarkan merupakan gambar-gambar yang memaparkan pemandangan alam atau tulisan khat kerana ia menimbulkan perasaan insaf akan kebesaran Allah SWT.
  2. Islam mengharuskan kita memaparkan foto orang alim atau orang yang mempunyai kelebihan dan ketokohan ilmu Islam.
  3. Gambar keluarga untuk kenangan dan haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan dalam Islam.
  4. Bekas acuan atau bekas-bekas kuih raya yang berbentuk haiwan seperti acuan kuih dibenarkan.
  5. Perhiasan seperti permaidani yang berlatarbelakangkan gambar haiwan dibenarkan, kerana permaidani diletakkan di kedudukan yang rendah atau atas lantai, yang di pijak.
  6. Tanamlah pokok agar teduh dan sejuk selain udara segar. Sebagaimana yang digambarkan Allah: "Dan naungan (pohon-pohon Syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya." (Al Insaan:14)

No comments: